Bonia Corporation Berhad - Annual Report 2015 - page 44

| ANNUAL REPORT 2015
42
Butik Jualan
Sendiri
Kaunter
Konsainan
Jumlah
Malaysia
114
1,041
1,155
Singapura
17
75
92
Indonesia
7
71
78
Vietnam
13
40
53
Arab Saudi / Timur Tengah
15
-
15
Kemboja / Myanmar
6
9
15
Jumlah
172
1,236
1,408
JUMLAH KEDAI MENGIKUT NEGARA DAN FORMAT
PENYATA PENGERUSI
Tahun kewangan FY2015 ialah tahun
yang mencabar bagi industri peruncitan
dan Kumpulan kami, terutamanya
semasa suku terakhir FY2015 yang
merupakan suku bermusim paling
lemah bagi Kumpulan disebabkan
ketiadaan sebarang perayaan. Operasi
kami di Malaysia mengalami penurunan
jualan yang drastik bagi suku terakhir
FY2015 sebanyak 14 % berbanding suku
yang sama bagi tahun sebelumnya.
Untuk keseluruhan tahun, jualan
jatuh sebanyak 2% tanpa mengambil
kira jualan sekali konsainan kami ke
Indonesia dan Vietnam yang berjumlah
RM12.3 juta. Pertumbuhan jualan kedai
sama kami (SSSG) bagi tahun ke tahun
penuh Malaysia ialah -2% dengan butik
mencatatkan -2% dan kaunter sebanyak
-1%. Jualan terjejas teruk kerana trafik
membeli-belah telah merosot di pusat-
pusat beli-belah untuk tiga bulan
pertama selepas perlaksanaan GST.
Secara umumnya, para pengguna telah
memberhentikan aktiviti pembelian
untuk memerhatikan pergerakan harga
barangan runcit dan perkhidmatan.
Mereka juga menantikan lebih banyak
promosi yang akan dijalankan oleh
peruncit. Semasa dua minggu pertama
bulan Ramadhan, jualan kami agak
perlahan tetapi mula meningkat apabila
menjelang Hari Raya namun ia tidaklah
sebagus tahun lepas.
Pendapatan penuh setahun kami
telah merosot disebabkan aktiviti-
aktiviti promosi secara intensif dan
diskaun lebih tinggi yang diberi untuk
meningkatkann jualan pra-GST serta
penyerapan 6% GST tanpa peningkatan
harga pasca-GST. Kedai-kedai runcit
yang tidak menguntungkan di butik-
butik tertentu yang tinggi kadar
sewaannya dan kos operasi yang lebih
tinggi juga menyumbang kepada
kemerosotan pendapatan.
Walaupun hasil di Malaysia lemah,
operasi kami di Singapura telah berjaya
mencapai sedikit peningkatan dalam
pendapatan iaitu sebanyak 0.8% kepada
RM175.4 juta dan ini terutamanya
disebabkan oleh sumbangan yang lebih
baik daripada kedai BONIA yang baharu
dibuka di Westgate dan kedai Braun
Büffel yang telah sedia ada di Westgate
dan ION Orchard. Pendapatan daripada
operasi kami di Vietnam meningkat
sebanyak 34.8% kepada RM27.7 juta
sementara
pendapatan
daripada
operasi
di
Indonesia
meningkat
sebanyak 35.7% kepada RM29.6 juta.
Seterusnya, Kumpulan akan terus
melakukan lebih banyak aktiviti-aktiviti
promosi sebagai sebahagian daripada
program rasionalisasi stok dan untuk
menggalakkan pendapatan kasar kami.
Kumpulan juga akan cuba mengekalkan
margin keuntungan dengan menutup
kedai-kedai yang tidak menguntungkan
dan
lebih
berhati-hati
dalam
pembukaan kedai.
PRESTASI KEWANGAN
Pendapatan Kumpulan bagi tahun
kewangan berakhir pada 30 Jun 2015
telah meningkat sebanyak RM3.7 juta
kepada RM695.3 juta berbanding
dengan tahun sebelumnya, yang mana
daripada jumlah tersebut sebanyak
RM12.3 juta adalah bagi jualan sekali
stok konsainan kepada Pengedar kami
di Vietnam berjumlah RM5.4 juta dan di
Indonesia berjumlah RM6.9 juta. Tidak
termasuk jualan sekali stok konsainan
tersebut, terdapat penurunan dalam
jualan sebanyak RM8.6 juta atau 1.2%
berbanding dengan tahun kewangan
terakhir.
Pendapatan Kumpulan bagi tahun
kewangan berakhir pada 30 Jun 2015
telah meningkat sebanyak
RM3.7 juta
kepada
RM695.3 juta
1...,34,35,36,37,38,39,40,41,42,43 45,46,47,48,49,50,51,52,53,54,...214
Powered by FlippingBook