ANNUAL REPORT 2015 |
43
PENYATA PENGERUSI
Pendapatan yang lebih rendah bagi
tahun kewangan berakhir pada 30
Jun 2015 adalah disebabkan oleh
pendapatan lemah daripada suku
terakhir seperti yang dijangka, yang
mana ia telah turun sebanyak 10%
daripada RM165.8 juta kepada RM148.3
juta berbanding dengan tahun lalu bagi
suku yang sama selepas perlaksanaan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) pada April 2015. Paling ketara
ialah pendapatan butik-butik bagi
suku terakhir telah menurun sebanyak
28% bagi Malaysia dan sebanyak
10%
bagi
Singapura
disebabkan
kedatangan pengguna sama ada
pengguna tempatan atau pelancong,
yang lebih rendah ke kedai kami. SSSG
daripada Indonesia masih merekodkan
pertumbuhan positif sebanyak 16%,
yang disokong oleh ekonomi mereka
yang lebih kukuh dan peningkatan
pesat pengguna kelas pertengahan.
Kumpulan merekodkan keuntungan
sebelum cukai sebanyak RM72.6
juta, iaitu 15% lebih rendah daripada
keuntungan sebelum cukai sebanyak
RM85.5 yang dilaporkan pada tahun
sebelumnya. Pemerolehan menjadi
lemah secara drastik apabila margin
keuntungan kasar terjejas disebabkan
aktiviti-aktiviti promosi dan diskaun
yang lebih tinggi diberikan untuk
meningkatkan
jualan
disamping
penyerapan 6% GST tanpa peningkatan
harga.
DIVIDEN
Lembaga
Pengarah
telah
mencadangkan dividen akhir satu
peringkat sebanyak 5% atau 1.25 sen
bagi setiap sahambiasa bernilai 25.0 sen
setiap satu, berjumlah RM10,078,593
bagi tahun kewangan berakhir pada 30
Jun 2015.
Dividen akhir akan dicadangkan untuk
kelulusan para pemegang saham dalam
Mesyuarat Agung Tahunan yang akan
datang. Tarikh kelayakan dan tarikh
pembayaran untuk dividen akhir yang
dicadangkan akan ditentukan dan
diumum pada tarikh lain kelak.
PERKEMBANGAN KORPORAT
Sebagai
sebahagian
daripada
pelan rasionalisasi Kumpulan untuk
menghapuskan kos pentadbiran yang
tidak penting dalam mengekalkan
anak-anak syarikat yang dorman,
Guangzhou Bonia Fashions Co Limited,
sebuah anak syarikat dorman yang
telah menghentikan semua aktiviti
perniagaannya semenjak 2014, telah
dibubarkan semasa tahun kewangan
FY2015. Selain daripada itu, Bonia Italia
Srl, sebuah anak syarikat milik penuh
Daily Frontier Sdn Bhd yang berstatus
dorman, juga telah terbubar secara
sukarela dalam tahun kewangan yang
dinilai.
Pada 16 Julai 2015, BB Global Holdings
Pte Ltd (“BBGH”) telah muncul sebagai
anak
syarikat
dengan
pemilikan
sebanyak 51% kepada Jeco (Pte) Limited
(“Jeco”) yang merupakan sebuah anak
syarikat Bonia. Aktiviti utama BBGH
ialah pengurusan harta intelek.
BBGH telah menandatangani Perjanjian
Jual Beli Hak Harta Intelek dengan
Braun GmbH & Co. KG (“BBKG”) pada 21
September 2015 untuk memformalkan
syarat dan terma bagi pemerolehan
hak-hak harta intelek tertentu jenama
Braun Buffel pada pertimbangan
belian sebanyak EUR 1.877 juta.
Pemerolehan ini membenarkan Jeco
untuk mempunyai kawalan yang lebih
baik ke atas semua hak harta intelek
jenama Braun Buffel yang sebelum ini
dikawal oleh BBKG. Kedua-dua pihak
juga bersetuju untuk bekerjasama bagi
mencapai sinergi dalam pembangunan
produk dan pasaran-pasaran baharu
berhubung jenama Braun Buffel di
seluruh dunia.
PROSPEK MASA HADAPAN
Dalam pasaran tempatan, ekonomi
Malaysia dijangka akan terus bergerak
pada kadar perlahan untuk tahun
kewangan yang seterusnya. Pengguna
dijangka akan lebih berhati-hati dalam
berbelanja memandangkan ekonomi
Malaysia yang bergerak perlahan serta
peningkatan kos sara hidup yang
sebahagiannya disebabkan oleh Ringgit
yang lemah dan GST. Sektor peruncitan
telah
menjadi
lebih
mencabar
disebabkan peningkatan kos, Ringgit
yang lemah, harga komoditi yang
semakin merosot yang mana ini adalah
asas kepada negara ini dan sentimen
pengguna yang turut semakin lemah.
Dengan perkembangan ekonomi yang
tidak menentu ini, prospek Kumpulan
untuk tahun kewangan akan datang
dijangka mencabar. Kumpulan ini akan
terus memfokuskan kepada pelan
pembesarannya ke pasaran-pasaran
luar negara, terutamanya ke Vietnam,
Indonesia, Kemboja dan lain-lain negara
Asia.
Dalam usaha menghalang keadaan-
keadaan yang tidak dapat dijangka,
Lembaga Pengarah akan terus berhati-
hati mengenai kedudukan Kumpulan
bagi tahun kewangan yang akan
datang. Kami menjangkakan Kumpulan
akan menghadapi lebih banyak cabaran
memandangkan keadaan ekonomi
global kelihatan tidak menentu dan
ekonomi domestik kita mungkin
memerlukan masa untuk pulih daripada
Ringgit yang lemah, harga komoditi
yang rendah dan sentimen pengguna
secara keseluruhan.
PENGHARGAAN
Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya
dengan penuh tulus ikhlas merakamkan
ucapan terima kasih serta penghargaan
yang tidak terhingga kepada pihak
pengurusan dan kakitangan atas usaha
penuh teliti, komitmen dan dedikasi
mereka untuk memberikan hasil. Segala
kejayaan yang telah kami capai pada
tahun kewangan FY2015 tidak mungkin
dapat dicapai tanpa usaha mereka.
Kami juga amat berterima kasih
kepada para pelanggan, rakan kongsi,
pemegang saham, rakan perniagaan,
pihak berkuasa kerajaan dan pembiaya
kewangan
kami
yang
dihargai,
atas sokongan dan keyakinan yang
berterusan terhadap Kumpulan ini.
CHIANG SANG SEM
Pengerusi Eksekutif Kumpulan
merangkap Ketua Pegawai Eksekutif
Tarikh: 12 Oktober 2015