38
ANNUAL REPORT 2016
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
Sepanjang tempoh suku tahun kelima berturut-
turut, ekonomi Malaysia mencatatkan kadar
pertumbuhan perlahan yang susut kepada
4% pada suku kedua 2016 selepas mencapai
pertumbuhan sebanyak 4.2% pada suku pertama
tahun ini. Pertumbuhan rendah yang dialami pada
suku kedua 2016 memang dijangkakan kerana
persekitaran luar yang berterusan lemah.
Menurut laporan Bank Negara Malaysia,
walaupun permintaan domestik bertambah
kukuh, namun pertumbuhan terjejas akibat
kemerosotan berterusan eksport bersih serta
penyusutan stok yang ketara. Dari sudut bekalan
pula, pertumbuhan terus didorong oleh pelbagai
sektor ekonomi utama. Berasaskan kepada asas
bermusim boleh laras dari suku ke suku tahun
pula, ekonomi merekodkan pertumbuhan
sebanyak 0.7% (Q1 2016: 1.0%). Aktiviti sektor
swasta yang berkembang lebih pesat sebanyak
6.1% pada suku kedua (Q1 2016: 4.5%), kekal
sebagai pendorong utama pertumbuhan.
Permintaan domestik berkembang sebanyak 6.3%
pada tempoh suku kedua (Q1 2016: 3.6%) di
mana perbelanjaan sektor swasta berkembang
pada kadar yang lebih kukuh sebanyak 6.1%
(Q1 2016: 4.5%). Penggunaan swasta pula
mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.3% (Q1
2016: 5.3%), hasil pertumbuhan berterusan
gaji dan peluang pekerjaan serta pertambahan
pendapatan boleh belanja berikutan pelbagai
langkah yang diambil oleh Kerajaan. Sementara
itu, pelaburan swasta yang meningkat kepada
5.6%padasukukedua(Q12016:2.2%)mendapat
manfaat khususnya daripada perbelanjaan modal
berterusan dalam sektor perkhidmatan dan
pembuatan, hasil peningkatan tahap keyakinan
perniagaan. Penggunaan awam merekodkan
pertumbuhan teguh sebanyak 6.5% (Q1 2016:
3.8%) berikutan peningkatan perbelanjaan
bekalan dan perkhidmatan. Pelaburan awamyang
didorong oleh peningkatan perbelanjaan untuk
aset tetap oleh Kerajaan Persekutuan dan syarikat-
syarikat awam memaparkan pemulihan dengan
pertumbuhan positif sebanyak 7.5% (Q1 2016:
-4.5%). Sub sektor borong dan perdagangan
runcit menunjukkan peningkatan pertumbuhan
sebanyak 6.7% (Q1 2016: 5.2%), selaras dengan
peningkatan penggunaan swasta.
Inflasi yang diukur melalui perubahan tahunan
Indeks Harga Pengguna (IHP) susut kepada
1.9% pada suku kedua 2016 (Q1 2016: 3.4%)
disebabkan khususnya oleh selang masa impak
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang
dilaksanakan pada bulan April 2015. Penyusutan
inflasi dikesan pada kesemua dua belas kategori
IHP. Kategori pengangkutan merekodkan
penyusutan inflasi paling besar iaitu kepada -6.6%
pada suku kedua (Q1 2016: -1.6%) disebabkan
terutamanya kesan asas daripada harga bahan
api domestik yang tinggi sepanjang tempoh yang
sama pada tahun lepas. Harga petrol RON95
secara purata sebanyak RM1.70 seliter pada suku
kedua 2016 adalah lebih rendah berbanding
purata RM1.98 seliter yang dicatatkan pada suku
kedua 2015.
Menurut laporan Retail Group Malaysia (RGM),
pemulihan runcit yang dijangka pada suku kedua
2016 sebanyak 7.5% tidak akan tercapai seperti
dijangkakan kerana kemerosotan teruk pada
tempoh yang sama sebanyak 11.9% merupakan
kadar pertumbuhan suku tahunan paling buruk
pernah dicapai sejak tahun 1999. Bagi tempoh
enam bulan 2016, kadar pertumbuhan jualan
runcit hanya mencapai 0.5% sahaja berbanding
CHIANG SANG SEM
Pengerusi Eksekutif Kumpulan
merangkap Ketua Pegawai Eksekutif
Saya bagi pihak Lembaga Pengarah dengan
sukacitanya membentangkan Laporan
Tahunan dan Penyata Kewangan Bonia
Corporation Berhad (“Bonia”) dan Syarikat-
syarikat dalam kumpulannya yang telah
Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 30
Jun 2016.
PENYATA PENGERUSI