40
ANNUAL REPORT 2016
penyata pengerusi
PRESTASI KEWANGAN
Hasil Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir
30 Jun 2016 berkurangan sebanyak RM29.9 juta
atau 4.3% kepada RM665.4 juta berbanding
tahun sebelumnya. Persekitaran operasi yang
sukar selepas pelaksanaan GST berserta
dengan sentimen pengguna yang lemah telah
menyebabkan hasil merosot sebayak 4.3%.
Kumpulan melaporkan keuntungan sebelum
cukai (PBT) sebanyak RM45.94 juta, iaitu 36.8%
lebih rendah daripada PBT tahun lepas berjumlah
RM72.71 juta. Pendapatan menurun dengan
ketara kerana margin Keuntungan Kasar (GP)
terjejas disebabkan oleh aktiviti promosi dan
diskaun lebih tinggi untuk mendorong jualan.
Kemerosotan dalam margin kasar juga berkaitan
dengan peningkatan dalam kos barangan kerana
nilai Ringgit yang semakin lemah, disertai oleh
penyerapan kos GST berikutan kelemahan
sentimen pengguna. PBT yang lebih rendah juga
disebabkan oleh kerugian kemerosotan nilai
yang timbul daripada pelarasan nilai saksama
atas hartanah pelaburan dan hartanah, loji dan
peralatan yang masing-masing berjumlah RM2.66
juta danRM1.23 juta. Di samping itu, terdapat dan
hapuskira perdagangan akan diterima berjumlah
RM1.37 juta dan inventori berjumlah RM0.08
juta. Jika tidak termasuk kerugian kemerosotan
nilai dan hapuskira ini, Kumpulan sepatutnya
mencatatkan PBT berjumlah RM51.28 juta.
PERKEMBANGAN KORPORAT
Sejajar dengan strategi pertumbuhan kami, Bonia
sentiasa berusaha untuk menerokai pelbagai
peluang perniagaan untuk mencipta nilai bagi
pemegang saham.
Pada 29 Januari 2016, Jeco (Pte) Limited (subsidiari
70% dimiliki Bonia, “JPL”) telah memeterai
Perjanjian Jual Beli dengan Helgo Neugebauer
(“HNB”) berhubung dengan pengambilalihan
oleh JPL di atas 100 saham biasa yang mewakili
100% kepentingan ekuiti dalam IBB Pte Ltd
(“IBB”) daripada HNB. Aktiviti utama IBB adalah
perdagangan, pemborongan (termasuk import
dan eksport) dalam pembekalan barangan kulit