Bonia Corporation Berhad - Annual Report 2016 - page 51

39
ANNUAL REPORT 2016
Dari segi geografi, pendapatan unit operasi
Indonesia kekal teguh dengan peningkatan 50%
dari tahun ke tahun dalam PBT kepada RM3.9
juta berbanding RM2.6 juta pada FY2015 tetapi
operasi Vietnam kami mengalami kerugian dan
melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak
RM2.0 juta berbanding keuntungan sebelum
cukai RM0.5 juta pada tahun kewangan lepas.
Keputusan ini disebabkan oleh hasil jualan
yang lebih rendah, peruntukan sekali sahaja
untuk inventori dan penerimaan masing-masing
berjumlah RM1.1 juta dan RM0.8 juta. Sementara
itu, operasi Singapura kami mencatat penurunan
dalam PBT sebanyak 40% dari RM13.2 juta
kepada RM7.9 juta disebabkan oleh cabaran
operasi dalam persekitaran runcit yang berkos
tinggi dan sangat kompetitif.
sepanjang tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Kadar pertumbuhan bagi suku ketiga dan
keempat 2016 masing-masing dianggarkan 5.0%
dan 5.5%. Ramalan pertumbuhan jualan tahun
penuh bagi industri runcit Malaysia telah disemak
semula daripada 4.0% kepada 3.5% berikutan
kemerosotan lebih besar daripada jangkaan
pada suku pertama tahun ini di mana jualan
merosot sebanyak 4.4% berbanding sepanjang
tempoh yang sama tahun lepas. Di samping itu,
harga barangan dan perkhidmatan runcit telah
meningkat secara berperingkat sejak awal tahun
ini , sebahagiannya disebabkan oleh kelemahan
nilai Ringgit Malaysia. Kesannya telah menghakis
kuasa beli pengguna Malaysia pada suku pertama
tahun ini. Para peruncit bergantung terus kepada
pemberian harga diskaun yang tinggi bagi menarik
para pembeli rakyat Malaysia membeli. Kesannya
telah mengurangkan keuntungan para peruncit.
TINJAUAN OPERASI
Pada tahun ini, segmen Malaysia berhadapan
dengan persekitaran operasi mencabar yang
dipengaruhi oleh kemelesetan ekonomi global,
nilai matawang yang turun naik dan kelemahan
sentimen pengguna. Kesemua keadaan ini telah
menyebabkan ekonomi domestik kami serta
industri peruncitan di Malaysia berhadapan
dengan keadaan yang mencabar.
Operasi Malaysia mencatat hasil berjumlah
RM437.5 juta berbanding dengan RM439.0
juta setahun lalu, merosot sebanyak RM1.5
juta disebabkan terutamanya oleh penutupan
cawangan yang tidak menghasilkan keputusan
baik serta kelemahan sentimenpengguna.Operasi
Singapura turut berhadapan dengan keadaan
yang sama apabila hasil merosot sebanyak 1.9%
daripada RM175.4 juta kepada RM172.0 juta.
Bagi operasi Indonesia dan Vietnam kedua-dua
negara menyumbangkan sebanyak RM19.4 juta
dan RM8.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 30
Jun 2016. Walaupun pertumbuhan yang lembab
dialami oleh operasi Malaysia dan Singapura,
pasaran eksport lain mencatat pertumbuhan
positif sebanyak 17.7% daripada RM23.7 juta
kepada RM27.9 juta disebabkan terutamanya oleh
tempahan yang lebih tinggi daripada pelanggan
sedia ada dan baharu kami di Timur Tengah.
Pendapatan tahun penuh kami berkurangan
berikutan aktiviti promosi yang berterusan dan
diskaun yang diberi untuk mendorong jualan.
Dari segi kos pula, kelemahan Ringgit telah
mempertingkatkan kos barangan import sebanyak
10% pada FY2016, kami juga tidak mampu
melepaskan tanggungan kos tersebut akibat
kelemahan perbelanjaan pengguna. Keadaan
ini diburukkan oleh kerugian yang dialami oleh
kedai-kedai yang tidak menampilkan prestasi
baik disebabkan oleh kos sewaan dan operasi
yang tinggi. Unit operasi jenama berlesen kami
menghasilkan prestasi paling lemah apabila
mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak
RM8.0 juta pada tahun yang ditinjau.
penyata pengerusi
Sumbangan pendapatan mengikut negara
Bilangan kedai-kedai mengikut negara dan format
Butik
Berdikari
Kaunter
Konsainan
Jumlah
Malaysia
123
1,064
1,187
Singapura
13
56
69
Indonesia
19
92
111
Vietnam
8
36
44
Saudi Arabia / Timur Tengah
17
-
17
Kemboja / Myanmar
5
6
11
Jumlah
185
1,254
1,439
Malaysia
Singapura
Vietnam
Indonesia
Saudi Arabia /
TimurTengah
Lain-Lain
65.7%
25.9%
1.3%
2.9%
1.9%
2.3%
1...,41,42,43,44,45,46,47,48,49,50 52,53,54,55,56,57,58,59,60,61,...216
Powered by FlippingBook