41
ANNUAL REPORT 2016
penyata pengerusi
dan produk fesyen lain di Indonesia. Pembelian
tersebut akanmembolehkan JPLmengembangkan
rangkaian pemasaran dan pengedarannya di
Indonesia dengan menyediakan kawalan dan
sokongan yang lebih menyeluruh kepada wakil
jualan tempatan Indonesia dari segi pembarangan,
pengiklanan dan aktiviti pemasaran.
Pada bulan April 2016, Bonia mengumumkan
pemerbadanan PT Jeco Investment Indonesia
(“PTJII”) dan PT CRI Mitra Sejati (“PTCMS”) di
Indonesia. PTJII diperbadankan dengan matlamat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan
hartanah di Indonesia, sementara PTCMS
diperbadankan dengan tujuan untuk menembusi
bidang pemborongan bagi kasut, jam tangan, beg
dan tas tangan untuk Indonesia.
CRRVietnam Co., Ltd (“CRR”) menjadi subsidiari
tidak langsung Bonia pada Julai 2016. Aktiviti
perniagaan yang bakal diceburi oleh CRR adalah
perkhidmatan pengurusan dan CRR juga ingin
memperolehkan hak mengimport, mengedar,
memborong barangan bergaya diVietnam.
Sebagai sebahagian daripada rasionalisasi
rancangan Kumpulan kami untuk mengurangkan
kos pentadbiran bagi mengekalkan subsidiari yang
tidak aktif, GuangZhou Jia Li Bao Leather Fashion
Co. Ltd (“GJLB”), sebuah syarikat subsidiari tidak
aktif yang diperbadankan di Republik Rakyat
China telah dibubarkan pada FY2016. Selain
daripada itu, Bonia turut melupuskan seluruh
kepentingannya dalam Mcolour & Design Sdn
Bhd, sebuah subsidiari tidak aktif yang sebelum ini
terlibat dalam bidang reka bentuk, penyelidikan
dan pembangunan produk.
PENGGUNAAN DANA YANG DIPEROLEHI
DARIPADA CADANGAN KORPORAT
Tiada sebarang usaha pengumpulan dana
dilaksanakan pada FY2016.
PERJANJIAN PENTING
Selain daripada perjanjian yang melibatkan
kegiatan usaha normal kumpulan kami, Bonia
atau anak-anak syarikatnya tidak pernah
menandatangani sebarang perjanjian yang
melibatkan kepentingan pengarah-pengarah
dan pemegang saham utama Bonia pada tahun
FY2016.
PROSPEK MASA DEPAN
Cabaran utama bagi industri peruncitan
di Malaysia pada 2016 masih berhubung
perbelanjaan pengguna. Selepas pelaksanaan
GST pada tahun 2015, pengguna Malaysia
masih berhati-hati dalam perbelanjaan dan kami
percaya pengguna akan terus berhati-hati dalam
perbelanjaan mereka pada tahun hadapan.
Sebarang kenaikan selanjutnya kos sara hidup
pada masa depan terdekat akan memburukkan
lagi industri peruncitan.
Namun begitu, Kumpulan akan terus menerokai
pelbagai peluang perniagaan baharu khususnya
di pasaran luar negeri. Pada masa yang sama,
kami akan terus mengambil langkah berhemat
memantau kos operasi kami dan kekal berpilih
untuk membuka kedai baharu.
Jika tiada sebarang keadaan di luar dugaan,
Lembaga Pengarah kekal berwaspada berhubung
suasana masa depan Kumpulan pada tahun
kewangan akan datang. Kami menjangka
akan berhadapan dengan cabaran seterusnya
memandangkan keadaan tidak menentu dalam
persekitaran global, kelembapan keadaan
ekonomi domestik berikutan kelemahan Ringgit,
harga komoditi yang rendah dan sentimen
pengguna secara keseluruhan dijangka akan terus
memberi kesan kepada industri peruncitan.
DIVIDEN
Lembaga Pengarah telah mencadangkan dividen
akhir satu peringkat sebanyak 5% atau 1.25 sen
bagi setiap saham biasa Bonia yang berharga 25.0
sen yang berjumlah RM10,078,593 bagi tahun
kewangan berakhir pada 30 Jun 2016.
Dividen akhir ini akan dicadangkan untuk
pertimbangan pemegang saham di Mesyuarat
Agung Tahunan yang akan datang. Tarikh tentatif
kelayakandanbayarandividenakhir ini ditetapkan
pada 30 November 2016 dan 15 Disember 2016.
PENGHARGAAN
Saya bagi pihak Lembaga Pengarah, ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada pihak pengurusan dan
kakitangan atas kegigihan, komitmen dan dedikasi
mereka. Kejayaan kami pada FY2016 tidak
mungkin tercapai tanpa usaha mereka.
Kami juga berterima kasih kepada para
pelanggan, rakan kongsi, pemegang saham,
sekutu perniagaan, pihak kerajaan dan pembiaya
atas sokongan dan keyakinan berterusan mereka
terhadap Bonia.
CHIANG SANG SEM
Pengerusi Eksekutif
merangkap Ketua Pegawai Eksekutif
Tarikh : 10 Oktober 2016